Thursday, March 10, 2011

Maaf..kamu cuma satu

baru sahaja pulang dari menonton cerita hikayat merong mahawangsa bersama rakan sepelajaran
cerita yang mungkin digembar gembor kan menarik
tetapi hanyalah indah khabar dari rupa
mungkin KRU harus mempelajari selok belok membikin filem dengan lebih dalam lagi
ahh..bukan itu yang inginin diperkatakan malah tidak mahu kiranya untuk di bicarakan lagi

seharusnya aku nyatakan bahawa aku merindui pujaan hatiku
puteri NURUL SHAFIQAH ALIA
puteri yang mana sedang beradu dek kepenatan bekerja di siang hari
puteri yang mana sebelom melelapkan mata sangat merindui puteranya
suka untuk dinyatakan bahawa putera yang tidak semengah ini ingin meminta kemaafan
kerana gagal unruk memenuhi hajat tuan puteri yang ingin bersua muka sketika tadi
maafkan hamba tuan puteri kesayangan hamba..maafkan hamba

terbitnya mentari esok hari
akan menjadi hari yang sepi untuk aku
tuan puteri kesayangan akan berangkat pulang ke kampung halaman
ingin bersua muka dengan adik beradik seperdarah
bersua muka dengan ibunda tercinta
begitu juga aku...tapi masa untuk ku hanyalah 3 hari tatkala baginya 9 hari
tinggalah baki 6 hari untuk aku keseorangan disini merindui dan merindukan

oh tuan puteri kesayangan....
tahukah tuan puteri bahawa hamba sangat teramat merindui tuan puteri
tiada kata dapat diungkap walaupon jarak antara kita hanyalah sepelaung pada malam ini
tetapi mentari esok akan merubah segalanya...
pulanglah ke kampung halaman dengan hati yang senang dan gembira
sampai kan salam hamba pada keluarga yang menanti di sana
insyaallah.jika diizinkan tuhan..sampai la patik ke sana
menikmati ssat bahagia bersama keluarga tuan puteri seperti yg dicita..

jarak antara kita akan bertambah jauh
tapi tiada jarak walau sezarah pon naknya hati kita
semakin jauh jarak di langkah semakin dekat hati dipangkah
hatiku telah dipangkah dengan namamu begitu juga kamu

tuan puteri kesayangan hamba
ingin dinyatakan bahawa kasih sayang hamba pada tuan puteri tidak pernah pudar
tahukah tuan puteri bahawa kasih sayang hamba pada tuan puteri bertambah mekar hari demi hari
ingin hamba memnita agar jangan dipersiakan cinta kita yang mana kisah alaxander tidak mungkin akan tertanding
pinta hamba..jagalah diri tuan puteri disana
semat kn didalam hati..hamba menunggu tuan puteri disini...dengan cinta
cinta yang tiada tolok gantinya
peliharalah cinta kita agar ia mekar selamanya
hendaknya..cinta kita akan sampai ke syurga...

maaf...karna hanya kamu cuma satu
hanya kamu untukku NURUL SHAFIQAH ALIA

No comments: